Here Me Update

Shoutbox







★ ★ ★ ★ ★
Wanita Melamar Lelaki ?
2 Miss Luqfie(s)

Hai peeps ! Hari ni entry Filzah pasal benda mengarut , tapi mengarut mana pun , ilmu juga kan ? so dulu Filzah pernah tertanya tanya boleh ke Perempuan ni Melamar Lelaki . Nak tanya ustazah malu pula dengan soalan yang akan dituju , jadi Filzah cari lah sendiri kan ? and lebih faham . Jom baca , Boleh ke Perempuan Melamar Lelaki ? Melanggar hukum ke ? okay , Let's read .

Zaman sekarang ni, nak cari lelaki yang benar-benar soleh bukannya senang. Yang bernama Soleh, Mat Salleh dan Solihin pun belum tentu sesoleh namanya. Wanita solehah? Lagi lerrrr... Bagi gadis-gadis, memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai calon suami adalah amat penting kerana suami adalah nakhoda yang akan mengemudi bahtera rumahtangga. Jika nakhoda gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, bahtera pasti akan terumbang-ambing dan akan karam ke dasar lautan.

So, lelaki yang soleh bolehlah diibaratkan seperti barang yang rare. Susah mau dapat, talak juai punya. Jika ditakdirkan anda terjumpa sesuatu yang rare, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk memilikinya. Jadi, apa yang perlu anda buat jika anda telah bertemu seseorang lelaki yang soleh dan berkualiti?

Jawapannya,
 LAMARLAH LELAKI ITU!




1. Bolehkah wanita melamar lelaki?
Dalam Islam, samada lelaki atau wanita, anda layak menyatakan hasrat untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang anda berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.

Contohilah Siti Khadijah yang terlebih dahulu melamar Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan suaminya setelah terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan dapat membimbing beliau. Dan ternyata perbuatannya itu amat menguntungkan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. 


2. Bagaimana cara hendak melamar lelaki?

Caranya ialah dengan menghantar wakil ataupun orang tengah menjumpai lelaki yang dihasratkan itu lalu menyatakan tentang niat yang mulia tersebut. Maksudnya di sini, pihak wanita yang terlebih dahulu meluahkan perasaannya. Jika pihak lelaki menerima hasrat si wanita yang ingin mempersuamikannya, maka pihak lelaki akan datang melamar si wanita sebagaimana adat masyarakat kita iaitu menghantar rombongan meminang serta langkah-langkah seterusnya mengikut adat kebiasaan.


3. Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?

Perbuatan melamar lelaki yang soleh dan berkualiti bukanlah suatu yang menjatuhkan maruah. Bahkan ia melambangkan bahawa wanita itu mempunyai maruah yang tinggi dan mahu maruahnya dibela oleh lelaki yang layak dan tinggi maruahnya. Dan insyaALLAH, maruah itu akan terus terjaga sampai Hari Akhirat.
Akan tetapi, jika lelaki tersebut menghina atau memerli wanita yang melamarnya, usah risau. Kerana anda tidak rugi satu sen pun kerana terbukti dia bukanlah calon suami yang berkualiti. Jika dia benar-benar soleh, pasti dia akan menghargai anda dan menganggap anda cuma mengikuti sunnah Ummu al-Mukminin, Siti Khadijah.

Tiada Istilah Perigi Cari Timba Dalam Islam! Jika masyarakat mahu ibaratkan juga ia sebagai perigi mencari timba, biarlah. Katakan kepada mereka bahawa perigi yang ada ini adalah perigi istimewa. Perigi yang suci. Perigi yang mulia. Dialah yang memilih timba mana yang layak untuk menimba kebaikan dari perigi itu. Bukan sewenang-wenangnya si timba datang mahu mengaut kebaikan di dalam perigi ini. Perigi ini perigi yang memilih timba, bukan perigi yang dipilih timba!

Katakan juga kepada mereka bahawa air dalam perigi ini bersih. Dia tidak mahu air dalam perigi itu dicemari dek timba yang kotor dan tidak mencapai tahap piawai yang ditentukan sendiri oleh si perigi. Justeru, sebab itulah perigi sendiri yang mencari timba.

2 Comment(s)

UP TO THE SKY
Assalamualaikum . Welcome to Miss Luqfie's Blog . Ya Allah lindungilah aku , luruskanlah jalanku kejalan keredhaanMU . Bimbinglah aku ke jalan yang benar .
Handfhone
Lappy sendiri
Straight A's
Seorang imam


Assalamualaikum and Hello . Seorang Hamba Allah yang sedang mencari keredhaanNYA . Ingin kecapi apa yang telah diniatkan . Saya mampu buat selagi saya hidup dan dengan izinNYA saya mampu harungi segala yang telah ditulis . Lillahi Ta'ala . Anak perempuan tunggal kepada pasangan bahagia Fatinuriz dan diberi nama Fatin Nur Filzah . Unofficially 19 . Istiqamahkan dirimu dimata Allah . Teguhkan Imanmu keranaNya . إن شاء الله. The true judge is Allah s.w.t . . Tummy baby's story(s). Malacca
I just shared what I like and feel.
.

Updates : Hope You like this entry ~


Credits ;

The Skin By : Miss Luqfie
Basecode : Fatin Filzah
Edited : Fatin Filzah

All rights reserved ® Miss Luqfie.