Here Me Update

Shoutbox







★ ★ ★ ★ ★
5 Kesabaran yang perlu ada Dalam hidup
0 Miss Luqfie(s)

Hai peeps , hari ni Filzah nak post tentang kesabaran . Selalunya kita akan cakap sabar separuh dari iman . tapi tahu ke kita apa kesabaran itu ? ada berapa kesabaran itu ? apa yang bleh dikaitkan dengan kesabaran ? okay kali ni Filzah post kan 5 kesabaran yang perlu kita ada . 

 Mengungkap perkataan sabar di bibir terlalu mudah untuk dilakukan berbanding melakukannya secara zahir. Setiap perkara atau tindakan yang dilakukan oleh manusia menuntut rasa penuh sabar kerana itu mengukur sejauh mana ketakwaan dan keredhaan kepada Allah S.W.T.

Sabar itu bererti menahan dan menanggung diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah S.W.T serta menahan diri dari melakukan sesuatu yang disukai oleh nafsu yang membolehkan betapa murkanya Allah S.W.T kepada kita.

Mempunyai nilai sabar itu adalah senjata utama yang terpenting dalam hidup manusia.

Sabar terhadap ujian dan dugaan oleh Allah S.W.T seperti kematian, kemiskinan, kesakitan, bencana alam adalah kayu pengukur sejauh mana kita beriman kepada Allah S.W.T.

Melalui ujian-ujian seperti itulah membolehkan kita bersabar dan secara langsung kita boleh mengatasi ujian dan mengecapi kejayaan.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung,” – Surah Ali-Imran; 200.

Para cendiakwan dahulu kala membahagikan lima jenis sabar yang pelu diamalkan oleh manusia dalam hidup.

Sabar yang pertama, sabar terhadap kesusahan dan bencana yang diturunkan kepada manusia juga di kalangan para nabi. Di dalam Al-Quran, sabar dalam bentuk ini termasuklah sabar kepada kefakiran, kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan jiwa atau kehilangan harta benda.

Sabar Kedua, sabar terhadap keinginan nafsu yang diuruskan oleh syaitan. Antaranya, sabar atas tarikan dan tututan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menuntut perasaan marah.

Sabar ketiga, Sabar terhadap kemewahan adalah bentuk sabar yang ketiga. Ia bermaksud sabarlah sekiranya orang lain mengecapi kemewahan sedangkan diri kita tidak kaya.

Sabar Keempat, sabar terhadap ketaatan kepada Allah S.W.T yang sememangnya terlalu banyak halangan untuk dilaksanakan. Manusia perlu sabar untuk berlaku taat kepada Tuhan kerana nafsu itu tabiatnya liar selain syaitan suka menggerakkan jenteranya untuk membuatkan manusia lupa dan malas untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Sabar Kelima, sabar yang terakhir adalah sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah S.W.T. berdakwah ke jalan Allah S.W.T adalah satu tindakan yang suci dan murni. Berdakwah ke jalan Allah S.W.T pastinya akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu kerana cuba menyampaikan perkara yang benar kepada manusia. Bahkan, Nabi Muhammad dahulu juga terpaksa bersabar apabila kaumnya sendiri menolak ajaran Islam yang cuba disampaika oleh dirinya.

Justeru itu, menetapkan rasa sabar dalam diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan jika kita tidak istiqamah dalam beribadah ke jalan Allah S.W.T. maka, setiap manusia itu perlu untuk belajar bersabar demi mendapatkan keredhaan dan ketakwaan dari Allah S.W.T. Sumber : mynewshub.my

AAP - Semoga kita sama-sama dapat bermuhasabah diri dan mengenali erti kesabaran dan Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Yang pastinya Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu sendiri.



0 Comment(s)

UP TO THE SKY
Assalamualaikum . Welcome to Miss Luqfie's Blog . Ya Allah lindungilah aku , luruskanlah jalanku kejalan keredhaanMU . Bimbinglah aku ke jalan yang benar .
Handfhone
Lappy sendiri
Straight A's
Seorang imam


Assalamualaikum and Hello . Seorang Hamba Allah yang sedang mencari keredhaanNYA . Ingin kecapi apa yang telah diniatkan . Saya mampu buat selagi saya hidup dan dengan izinNYA saya mampu harungi segala yang telah ditulis . Lillahi Ta'ala . Anak perempuan tunggal kepada pasangan bahagia Fatinuriz dan diberi nama Fatin Nur Filzah . Unofficially 19 . Istiqamahkan dirimu dimata Allah . Teguhkan Imanmu keranaNya . إن شاء الله. The true judge is Allah s.w.t . . Tummy baby's story(s). Malacca
I just shared what I like and feel.
.

Updates : Hope You like this entry ~


Credits ;

The Skin By : Miss Luqfie
Basecode : Fatin Filzah
Edited : Fatin Filzah

All rights reserved ® Miss Luqfie.